Terjemahan Perasaan..

Dikala ini, disaat ini tiada ungkapan yang boleh menerjemahkan perasaan aku kepadanya.. Aku akui ia bertambah kuat dari sehari kesehari.. Tidak pernah terleka dan tidak pernah terkurang.. Amat sukar untuk aku luahkan melalui kata-kata tetapi aku ingin berkongsi perasaan ini.. Tiada lagi penjelasan setakat ini, biarlah aku lalui bersama ketabahan yang aku bina sendiri.. Ingin sekali lagi aku tekankan disini, Hanya Dia..

Nature_Bench_in_the_park_041141_


Kucintainya kerana cara dia,
Sungguh berbeza dari yang telahku jumpa,
Renungan dia tulus merasuk jiwa,
Hingga terasa terus ke hati.

Kucintainya kerana kesungguhannya,
Bukannya kata-kata semata-mata,
Perwatakannya mengatakan segalanya,
Buatku percaya kan janjinya.

Kuakui aku menggilainya,
Kuakui aku menyintainya,
Kisahku kisah dia,
Cerita yang sama,
Setiap detik hanya… Dia.

Kuakui aku mengaguminya,
Kuakui aku menyayanginya,
Sungguhnya kuakui kuperlukan dia,
Segalanya kuserah,
Kepada dia.

Cintai dia bersama mimpi-mimpinya,
Cintai dia juga segala caranya,
Cintai dia bersama keanehannya,
Cintai dia hanya dia.

22042015@2352..

Firdaus Mohd Azman

Kekuatan, Perasaan & Keputusan..

Kekuatan,

Ada apa pada kekuatan? Itulah persoalan yang sering ditanya jika topik kekuatan diutarakan. Pada zahirnya kekuatan diukur berdasarkan apa yang kita nampak contohnya, bentuk fizikal seseorang, daya ketahanan tubuh seseorang dan juga ketahanan seseorang kepada kesakitan. Pernahkah kalian terfikir akan kekuatan hati seseorang menghadapi masa-masa sulit? Kekuatan perasaan seseorang apabila keadaan diri tidak mampu untuk menanggung beban yang menimpa? Pasti ramai yang akan berkata, sabar banyak-banyak, aku tahu apa yang kau rasa. Benarkah? Adakah anda benar-benar merasa apa yang orang lain rasakan? Bolehkan saya katakana disini bahawa kalian sebenarnya hanya faham akan situasi yang berlaku tetapi tidak merasa apa yang dirasai oleh penanggung beban itu. Tiada siapa yang mampu merasai apa yang penanggung beban lalui. Tiada siapa yang boleh mengukur perasaan seseorang. Tiada ‘Baymax’ didalam dunia fana yang mampu mengukur perasaan seseorang.

Kenapa aku timbulkan topik kekuatan dimalam hari sebegini, jawapan yang mudah. Aku perlukan kekuatan. Bukan kekuatan fizikal yang boleh diukur, tetapi kekuatan emosi, mental dan hati aku untuk mengharungi liku-liku kehidupan yang mengundang berbagai-bagai dugaan. Disaat ini, aku mengumpulkan kekuatan untuk menghadapi ujian yang boleh dikatakan berat, memerlukan persediaan rapi emosi dan mental. Bukan kata tiada dugaan yang lagi berat dari apa yang aku rasakan, tetapi sudah menjadi lumrah jika sesuatu dugaan itu bersangkut paut dengan hati dan perasaan ianya akan diklasifikasikan sebagai berat.

Perasaan,

Perasaan aku dikala ini, ‘hopeless’, ‘down’, bingung, serabut, sedih, pedih dan ‘heartless’. Bukan aku tidak mahu untuk berkongsi dengan orang terdekat, tetapi terlalu banyak batasan perasaan yang perlu dijaga. Terpaksa aku meminjam bahu dan telinga rakan-rakan yang agak jauh untuk aku meluahkan perasaan. Terpaksa aku meminjam masa mereka untuk menceritakan apa yang aku alami dan rasai. Pelbagai reaksi yang diberikan oleh mereka tetapi tujuan mereka satu iaitu untuk menyelamatkan diri aku. Walaubagaimanapun keputusan terletak pada diri aku. Mereka hanya mampu memberikan pendapat mereka terhadap situasi yang berlaku manakala aku yang bakal membuat keputusan. Keputusan ditangan aku dan walau apapun yang bakal terjadi, keputusan tetap ditangan aku.

Banyak perasaan yang harus aku fikirkan dikala aku memikirkan keputusan yang bakal aku lakukan ini. Contohnya perasaan rakan terdekat, perasaan pihak ketiga dimana seharusnya aku yang menjadi pihak ketiga didalam situasi ini, perasaan rakan-rakan yang memberikan pendapat mereka dan juga perasaan aku yang mengalami. Seharusnya terlalu banyak perasaan yang perlu aku titikberatkan berbanding perasaan aku sendiri. Adilkah begitu? Terlalu banyak perasaan yang telah aku jaga dimana aku perlu ketepikan perasaan sendiri, akhirnya mereka bahagia dan aku terus begini. Sudah menjadi lumrah hidupku untuk dahulukan perasaan yang lain dan ketepikan perasaan sendiri. Tetapi aku percaya akan ada satu detik dan ketika aku akan menangkan perasaan aku sendiri.

Mungkinkah ini detik dan ketikanya? Walaupun rakan terdekat akan menjauhi diriku? Walaupun aku akan dituduh mementingkan diri sendiri dengan keputusan yang bakal aku ambil? Biarpun ada dikalangan mereka menyatakan bahawa untuk tidak melibatkan diri mereka dalam situasi ini, namun sedikit sebanyak mereka akan tetap mementingkan perasaan orang yang telah lama mereka kenali. Aku tidak sama sekali percaya dengan ungkapan itu. Kerana apa yang terkeluar daru mulut manusia ini diragui keikhlasannya. Kerana itu hati ini berbelah bahagi. Bukan sekadar itu, kebaikan yang ditunjukkan oleh pihak ketiga dimana seharusnya aku yang menjadi pihak ketiga didalam situasi ini menyebabkan aku berasa serba salah untuk meneruskan keputusan yang bakal aku ambil. Tetapi, pilihan apa yang ada dikala perasaan ini semakin parah. Dikala perasaan ini makin mendalam. Dikala perasaan ini semakin kuat. Bagaimana caranya untuk aku mengubah keputusan ini jika hanya aku tahu apa yang mereka tidak tahu. Bagaimana juga untuk aku mengubah keputusan ini jika hanya aku yang merasakan apa yang berbuku dihati ini.

Bukan aku tidak berusaha untuk menjauh, bukan aku tidak berusaha untuk menidakkan perasaan yang hadir. Tetapi segala usaha aku sia-sia kerana semakin aku cuba semakin dekat perasaan itu. Semakin aku cuba semakin kuat perasaan itu. Terlalu banyak kebetulan yang terjadi membuatkan aku berfikir lebih dari dua kali. Tidak mungkin kebetulan berulang. Walaupun boleh berulang, tidak bermaksud dalam jangka waktu terdekat. Jika difikir dengan pemikiran yang waras, ianya seperti petanda kepada sesuatu yang mungkin pasti dan mungkin tidak. Tetapi jika difikir dengan pemikiran yang kompleks, ianya seperti petanda kepada sesuatu yang pasti. Diri seperti diawang-awangan bukan kerana perasaan yang hadir, tetapi kerana terlalu banyak berfikir. Serabut dengan segala kemusykilan yang bertandang. Pernah aku cuba untuk membiarkan persoalan itu berlalu seperti air lalu, tetapi akhirnya laluan air itu tersumbat dan aku juga yang harus memperbetulkan segalanya. Mana mungkin seseorang boleh membiarkan sahaja persoalan berlalu tanpa sedikitpun memikirkan tantangnya.

Kekuatan, perasaan dan keputusan,

Dikala aku mengumpulkan kekuatan, dikala aku harus menjaga perasaan mereka yang terlibat, aku harus membuat keputusan yang terbaik untuk diriku. Mungkinkah dengan membiarkan perasaan ini menang adalah keputusan yang terbaik? Jika ikut kata hati mati, ikut rasa binasa. Apa yang akan terjadi jika aku ikutkan perasaan yang memuncak ini? Adakah aku mampu untuk melalui hari-hari mendatang dengan keputusan yang bakal aku ambil? Disini aku perlukan kekuatan, aku perlukan sokongan.

Tetapi,

Apapun keputusan yang akan aku ambil, aku harus bersedia dengan segala kemungkinan. Tidak semua yang faham perasaan hati kita kerana kita sahaja yang memahami apa yang berbuku dihati.

Life doesn’t going with the flow. It will trapped and we need to face it no matter how.

20042015@0100..

Firdaus Mohd Azman

Andai Tak Bertemu..

salam n greetings to all..

entry dituju khas buat jejaka FORD..

Andai aku tak bertemu kamu,
Langit hanya lembaran biru dan bukan kanvas untukmu,
Untuk kulukis gerimis dan garisgaris pelangi,
Lalu kutorehkan matahari di pinggir pagi,
Kuhiasi bingkai hatimu dengan cahaya.

Andai aku tak bertemu kamu,
Malam hanyalah bangku menunggu pagi,
Ku tidur mendengkur atau begadang menghitung bintang,
Bulan hanya lampu lindap ditiup angin,
Aku terjerat reranting dingin.

Andai aku tak bertemu kamu,
Hidup hanya setampakan siang setumpukan malam,
Seperti sajak kelam dan tanpa pembaca,
Angin melemparnya memecah jendela.

Aku entah ke mana…

credit : Huda M Elmatsani

thanks pain,

thanks all..

touch-down@FIFY_muszsyuk..

Aku Sudah Tidak Mampu..

salam n greetings to all..

mengenangkan nasib diri.. sesungguhnya aku sudah tidak mampu untuk menghadapinya.. aku sudah tidak berdaya.. aku sudah tidak mampu untuk menangis.. aku sudah tidak mampu untuk mengembirakan diriku lagi.. sesungguhnya mmg besar dugaan yg Tuhan berikan kepadaku.. dikala ini, apa yg aku lakukan hanya akan menambah bara dalam hatiku.. menambahkan gundah dalam gulana hatiku.. bilakah ianya akan berakhir??

touch-down@FIFY_muszsyuk..

Shhh Mode..

salam n greetings to all..

I get into these modes where it just seems there is nothing to say.. instead of trying to fill up the air with meaningless words, maybe i should just listen – to others, to God, and then not feel the need to respond verbally. The world would probably be a better place. i don’t always have to say something..~

New Look..

salam n greetings to all..

1. blog aku berwajah baru.. (sesuai dengan perasaan aku tika ini.. sakit hati ya amat..)

2. sebab aku sakit hati?? (ade somebody kt opis aku yg agak berpangkat sgt la mencabar kewarasan..)

3. rase nk resign dr opis yg menyesakkan kpale otak aku ni.. (insyaallah aku masih bole bertahan walaupn kesakitan kehatian yg teramat..)

4. sekian~

touch-down@FIFY_muszsyuk..