Terjemahan Perasaan..

Dikala ini, disaat ini tiada ungkapan yang boleh menerjemahkan perasaan aku kepadanya.. Aku akui ia bertambah kuat dari sehari kesehari.. Tidak pernah terleka dan tidak pernah terkurang.. Amat sukar untuk aku luahkan melalui kata-kata tetapi aku ingin berkongsi perasaan ini.. Tiada lagi penjelasan setakat ini, biarlah aku lalui bersama ketabahan yang aku bina sendiri.. Ingin sekali lagi aku tekankan disini, Hanya Dia..

Nature_Bench_in_the_park_041141_


Kucintainya kerana cara dia,
Sungguh berbeza dari yang telahku jumpa,
Renungan dia tulus merasuk jiwa,
Hingga terasa terus ke hati.

Kucintainya kerana kesungguhannya,
Bukannya kata-kata semata-mata,
Perwatakannya mengatakan segalanya,
Buatku percaya kan janjinya.

Kuakui aku menggilainya,
Kuakui aku menyintainya,
Kisahku kisah dia,
Cerita yang sama,
Setiap detik hanya… Dia.

Kuakui aku mengaguminya,
Kuakui aku menyayanginya,
Sungguhnya kuakui kuperlukan dia,
Segalanya kuserah,
Kepada dia.

Cintai dia bersama mimpi-mimpinya,
Cintai dia juga segala caranya,
Cintai dia bersama keanehannya,
Cintai dia hanya dia.

22042015@2352..

Firdaus Mohd Azman

Kekuatan, Perasaan & Keputusan..

Kekuatan,

Ada apa pada kekuatan? Itulah persoalan yang sering ditanya jika topik kekuatan diutarakan. Pada zahirnya kekuatan diukur berdasarkan apa yang kita nampak contohnya, bentuk fizikal seseorang, daya ketahanan tubuh seseorang dan juga ketahanan seseorang kepada kesakitan. Pernahkah kalian terfikir akan kekuatan hati seseorang menghadapi masa-masa sulit? Kekuatan perasaan seseorang apabila keadaan diri tidak mampu untuk menanggung beban yang menimpa? Pasti ramai yang akan berkata, sabar banyak-banyak, aku tahu apa yang kau rasa. Benarkah? Adakah anda benar-benar merasa apa yang orang lain rasakan? Bolehkan saya katakana disini bahawa kalian sebenarnya hanya faham akan situasi yang berlaku tetapi tidak merasa apa yang dirasai oleh penanggung beban itu. Tiada siapa yang mampu merasai apa yang penanggung beban lalui. Tiada siapa yang boleh mengukur perasaan seseorang. Tiada ‘Baymax’ didalam dunia fana yang mampu mengukur perasaan seseorang.

Kenapa aku timbulkan topik kekuatan dimalam hari sebegini, jawapan yang mudah. Aku perlukan kekuatan. Bukan kekuatan fizikal yang boleh diukur, tetapi kekuatan emosi, mental dan hati aku untuk mengharungi liku-liku kehidupan yang mengundang berbagai-bagai dugaan. Disaat ini, aku mengumpulkan kekuatan untuk menghadapi ujian yang boleh dikatakan berat, memerlukan persediaan rapi emosi dan mental. Bukan kata tiada dugaan yang lagi berat dari apa yang aku rasakan, tetapi sudah menjadi lumrah jika sesuatu dugaan itu bersangkut paut dengan hati dan perasaan ianya akan diklasifikasikan sebagai berat.

Perasaan,

Perasaan aku dikala ini, ‘hopeless’, ‘down’, bingung, serabut, sedih, pedih dan ‘heartless’. Bukan aku tidak mahu untuk berkongsi dengan orang terdekat, tetapi terlalu banyak batasan perasaan yang perlu dijaga. Terpaksa aku meminjam bahu dan telinga rakan-rakan yang agak jauh untuk aku meluahkan perasaan. Terpaksa aku meminjam masa mereka untuk menceritakan apa yang aku alami dan rasai. Pelbagai reaksi yang diberikan oleh mereka tetapi tujuan mereka satu iaitu untuk menyelamatkan diri aku. Walaubagaimanapun keputusan terletak pada diri aku. Mereka hanya mampu memberikan pendapat mereka terhadap situasi yang berlaku manakala aku yang bakal membuat keputusan. Keputusan ditangan aku dan walau apapun yang bakal terjadi, keputusan tetap ditangan aku.

Banyak perasaan yang harus aku fikirkan dikala aku memikirkan keputusan yang bakal aku lakukan ini. Contohnya perasaan rakan terdekat, perasaan pihak ketiga dimana seharusnya aku yang menjadi pihak ketiga didalam situasi ini, perasaan rakan-rakan yang memberikan pendapat mereka dan juga perasaan aku yang mengalami. Seharusnya terlalu banyak perasaan yang perlu aku titikberatkan berbanding perasaan aku sendiri. Adilkah begitu? Terlalu banyak perasaan yang telah aku jaga dimana aku perlu ketepikan perasaan sendiri, akhirnya mereka bahagia dan aku terus begini. Sudah menjadi lumrah hidupku untuk dahulukan perasaan yang lain dan ketepikan perasaan sendiri. Tetapi aku percaya akan ada satu detik dan ketika aku akan menangkan perasaan aku sendiri.

Mungkinkah ini detik dan ketikanya? Walaupun rakan terdekat akan menjauhi diriku? Walaupun aku akan dituduh mementingkan diri sendiri dengan keputusan yang bakal aku ambil? Biarpun ada dikalangan mereka menyatakan bahawa untuk tidak melibatkan diri mereka dalam situasi ini, namun sedikit sebanyak mereka akan tetap mementingkan perasaan orang yang telah lama mereka kenali. Aku tidak sama sekali percaya dengan ungkapan itu. Kerana apa yang terkeluar daru mulut manusia ini diragui keikhlasannya. Kerana itu hati ini berbelah bahagi. Bukan sekadar itu, kebaikan yang ditunjukkan oleh pihak ketiga dimana seharusnya aku yang menjadi pihak ketiga didalam situasi ini menyebabkan aku berasa serba salah untuk meneruskan keputusan yang bakal aku ambil. Tetapi, pilihan apa yang ada dikala perasaan ini semakin parah. Dikala perasaan ini makin mendalam. Dikala perasaan ini semakin kuat. Bagaimana caranya untuk aku mengubah keputusan ini jika hanya aku tahu apa yang mereka tidak tahu. Bagaimana juga untuk aku mengubah keputusan ini jika hanya aku yang merasakan apa yang berbuku dihati ini.

Bukan aku tidak berusaha untuk menjauh, bukan aku tidak berusaha untuk menidakkan perasaan yang hadir. Tetapi segala usaha aku sia-sia kerana semakin aku cuba semakin dekat perasaan itu. Semakin aku cuba semakin kuat perasaan itu. Terlalu banyak kebetulan yang terjadi membuatkan aku berfikir lebih dari dua kali. Tidak mungkin kebetulan berulang. Walaupun boleh berulang, tidak bermaksud dalam jangka waktu terdekat. Jika difikir dengan pemikiran yang waras, ianya seperti petanda kepada sesuatu yang mungkin pasti dan mungkin tidak. Tetapi jika difikir dengan pemikiran yang kompleks, ianya seperti petanda kepada sesuatu yang pasti. Diri seperti diawang-awangan bukan kerana perasaan yang hadir, tetapi kerana terlalu banyak berfikir. Serabut dengan segala kemusykilan yang bertandang. Pernah aku cuba untuk membiarkan persoalan itu berlalu seperti air lalu, tetapi akhirnya laluan air itu tersumbat dan aku juga yang harus memperbetulkan segalanya. Mana mungkin seseorang boleh membiarkan sahaja persoalan berlalu tanpa sedikitpun memikirkan tantangnya.

Kekuatan, perasaan dan keputusan,

Dikala aku mengumpulkan kekuatan, dikala aku harus menjaga perasaan mereka yang terlibat, aku harus membuat keputusan yang terbaik untuk diriku. Mungkinkah dengan membiarkan perasaan ini menang adalah keputusan yang terbaik? Jika ikut kata hati mati, ikut rasa binasa. Apa yang akan terjadi jika aku ikutkan perasaan yang memuncak ini? Adakah aku mampu untuk melalui hari-hari mendatang dengan keputusan yang bakal aku ambil? Disini aku perlukan kekuatan, aku perlukan sokongan.

Tetapi,

Apapun keputusan yang akan aku ambil, aku harus bersedia dengan segala kemungkinan. Tidak semua yang faham perasaan hati kita kerana kita sahaja yang memahami apa yang berbuku dihati.

Life doesn’t going with the flow. It will trapped and we need to face it no matter how.

20042015@0100..

Firdaus Mohd Azman

Bersendirian.. (Positive Side)

Assalamualaikum w.b.t..

2108053449_f5935225db_b

Jika anda BERSEORANGAN, tidak kira semasa melancong utk kerja atau hanya menghayati makanan tanpa ayat bicara.. anda mesti mempunyai pengalaman sebegini. Jadi aku ingin berkongsi dengan kalian bagaimana untuk menyesuaikan diri jika anda terperangkap didalam situasi sebegini.

  1. BE BOOKISH

Anda dinasihatkan dating dengan bahan bacaan, tidak kira tebal atau nipis. Dengan adanya bahan bacaan ia bukan hanya mengelakkan diri dari menjadi bosan tetapi juga boleh menjadi pelindung agar diri anda tidak kelihatan seperti dipinggirkan dan mungkin ada mata – mata yang merasa kagum disamping kasihan melihat diri anda. (-_-)

  1. TRY THE BAR

Jika anda keseorangan, semestinya anda akan merasa sedikit perasaan cemburu jika dikelilingi oleh pasangan yang sedang rancak bercinta. Jadinya, BAR adalah keputusan terbaik. Percaya atau tidak selalunya individu yang membuat keputusan untuk duduk minum di bar kebanyakkannya kalangan orang2 yang SINGLE sahaja. (“,)

  1. EXUDE CONFIDENCE

Jika anda memilih tempat yang ekslusif, terus ke HOST ataupun HOSTESS dan dengan bangganya tanya dimana meja anda dikhaskan. Elakkan dari memberitahu bahawa “HANYA SAYA”. Cara ini memerlukan kekuatan emosi untuk anda makan seorang dan ingat, anda patut menghormati diri anda.

  1. EAVESDROP

Kebanyakkan pengunjung di restoran memilih untuk ‘MINUM’ dan membawa kepada percakapan ataupun perbualan yang agak kuat, dengan berhati – hati, anda boleh mencuri dengar sambil menimba pengalaman berkenaan kisah manusia. Bonus point juga bagi anda yang bakal mengharungi ‘blind date’ dalam jangkamasa terdekat.

  1. BEFRIEND YOUR GADGET

Kebanyakkan kita mempunya tabiat untuk membuka handphone tidak kira untuk ber ‘whatssapp, instagram, twitter, facebook mahupun BBM). Adalah tindakan yang kurang sopan untuk kita lakukan jika makan berdua, bertiga mahupun berkumpulan. Jadi jika kita makan atau lepak berseorangan adalah masa terbaik untuk melakukan itu disamping dapat berselindung disebalik keseorangan anda. WIRELESS POSSIBILITIES ARE ENDLESS!!

  1. GO, TEAM!

Walaupun anda bukan seorang yang gila sukan, cubalah menjadi peminat pada masa itu. Anda tidak akan rasa keseorangan kerana anda dikelilingi peminat sukan juga.

  1. PRETEND LIKE A FOOD CRITIC

Berlakonlah seperti anda sedang mengkaji atau review sesebuah restoran. Dengan adanya buku yang anda bawa, catat persembahan makanan, kesalahan, dan beri perhatian kepada servis yang diberi. Ini akan menjadikan anda nampak berkuasa. Jangan lupa untuk serahkan review anda tadi kepada pelayan restoran.

  1. LIFE IS SHORT, ENJOY THE STEAK

Akhir sekali, fokuskan diri anda RILEKS, enjoy, dan fokus kepada nilai – nilai positif jika anda makan berseorangan. Takkan ada pertelingkahan siapa nak bayar, tiada rasa gugup ketika berbicara dan tiada perbualan yang meleret – leret tentang kisah cinta atau kerja. YOU CAN BE YOUR OWN BEST DINNER DATE!!

18022015@1205..

FSinchlair

25sx.. Bagaimana (Jangan Baca Kalau Iman Tak Kuat)..

Assalamualaikum w.b.t..

Aku nak pesan dulu, posting 25sx ni tiada kaitan atau kena mengena dengan sesiapa.. Posting ini juga merupakan draft yang disimpan 2 tahun lepas semasa proses ‘jejaka ford’ yang cuba untuk memancing tapi tidak berjaya.. haha..

Kali ni aku nak kongsikan kisah-kisah dari pengalaman sendiri (tak berapa nak sendiri lah), bagaimanakah caranya seorang lelaki Gay mengorat lelaki lurus untuk membelot dari fitrah seks yg lurus. Tapi, aku nak bagitahu dulu, entry ini tidaklah menunjukkan aku jenis streotype yang prejudis terhadap Gay..

Aku ada beberapa kawan gay, diorang berselera kaum sejenis, ada gay yang terang – terang mengakui selera nafsu diorang. Ada jugak Gay yang cover line, ada jugak gay yang coverline tapi pecah lubang. golongan gay yang kantoi selepas itu pasrah pun ada..

Tapi yang paling Sadis adalah golongan lelaki straight yang 100% tulen dan bernafsu normal mula berpaling ke arah gay. golongan inilah yang paling meruntunkan hati, kalau nak difikir-fikirkan balik, agak tak logik dan susah nak masuk akal mcm mana seorang lelaki lurus boleh tergoda dengan gay..

Kat sini aku akan kongsi dengan korang serba sedikit skill-skill yang diorang guna (aku pun guna sama.. haha..), adapun cerita ini bukanlah tokok tambah atau rekaan, sebaliknya dari pengalaman dan pengamatan sendiri..

Ada lelaki Gay jenis top yang kelihatan seolah-olah sangat macho dan heroic, takda kesan2 kelembutan/kewanitaan langsung, tapi kalau bagi yang expert masih boleh trace diorng ni gay atau tak. ada la code of conduct yang menjadi signal ke’gay’an tu.

Seperti perbincangan aku masa belajar (naïve) dulu,

“Diorang ni walaupun top dan jantan habis, tapi gentle diorang tu still boleh tracelah, ko try tengok ricky martin tu, aku berani bet la yang dia tu gay”

“macam mana pulak ko boleh tahu dia gay ke tak wei?”

“Senang je, segagah-gagah dia, mesti dia nak jugak pakai something yang feminin. kurang- kurang nak pakai lip balms.. jantan straight takde de nak pakai balms2 ni nok. tak kuaseee”

lantas dari statement dan pengalaman aku berkawan agak rapat dengan gay friends ni lah yang membuatkan aku mengeluarkan idea :-

“Hanya ada sempadan garisan yang sangat halus yang memisahkan antara lelaki metrosexual, lelaki comel, dan GAY. Jika tidak berhati-hati, akan tergelincir ke sempadan gay tanpa disedari.. haha.”

*************************************************************

Jenis-Jenis Godaan 

  1. Godaan Pertama : Menghapuskan rasa bersalah. 

Kaedah Godaan ini adalah cara yang paling efektif dan paling berjaya digunakan oleh golongan gay bagi menarik lelaki straight terjebak ke dunia gay. Gay akan meyakinkan lelaki normal bahawa mereka tidak akan dicop sebagai gay jika memberi anu mereka di’kerja’kan oleh lelaki gay.

“Camon Zack, u bagi la i usap-usap ‘adik’ kau tu, jangan la kedekut sangat, kau takkan jadi gay, sebab nafsu kau normal. kau lelaki lurus, sebab kau tak hadap pun batang lelaki kan? kau kan ada kapel kan? skrg kau kapel ngan Fazura kan? ok what… tu maknanya kau straight”

” Woi gila, ko jangan nak tackle aku, aku straight wei. jangan harap aku nak bagi ko raba anu aku”

“Alah, zack… berlakon inesen konon. boleh la cakap duduk jauh2, meh sini rapat2, tengok bila aku dah gosok kau, tengok bangun ke tak anu ko tu..camon zack, try sekali je, kalau aku gosok ko tak terangsang, tu dah buktikan ko memang straight tau…meh baby meh…”

Jika Zack tidak kuat iman, dan pergi menyahut cabaran membiarkan maruah kejantanannya di test oleh Jambit, mungkin selepas itu zack akan mula merasa nikmat di layan oleh gay. maka terperangkaplah zack dalam kancah ke’gay’an.

  1. Godaan Kedua : Balas Budi

Lelaki Gay dikenali sebagai manusia yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menggoda lelaki maskulin dan lurus menjadi kekasih diorang. Gayboy sanggup berhabis duit, tenaga dan masa semata-mata nak memastikan hasrat diorang mendapatkan lelaki tough sebagai teman hidup.

Ada satu lagi rahsia, Gayboy kalau boleh taknak kapel dengan Gayboy lain yang terserlah kelembutannya, sebab bagi diorang, keadaan itu akan membuatkan diaorang rasa jadi mcm lesbian (tak kuasa mak nok).

Trophy yang sebenar adalah berjaya menggoda lelaki straight yg kasar, heroic, jantan habis dan comot2 berjambang jatuh cinta kepada diorang. Cara kedua yang sangat efektif jugak adalah menanam budi tanpa disedari.

Perkara mcm ni selalu terjadi kat kolej, samada oleh ‘orang luar’ gay yang kaya2, gay2 tua, staff kolej gay, atau senior gay yang akan melabur secara ikhlas kepada lelaki-lelaki straight. diorang akan panggil junior2 ni sebagai Jambu, anak ikan atau ‘adik-adik’. Selalunya anak ikan inesen ni tak perasan yang diorang tengah dibela oleh ‘akak-akak’ atau ‘mak-mak hayam’.

Yang selalu dilabur adalah, belanja makan, bawak kuar outing ronda-ronda naik kereta, ajak tidur kat rumah teres atau banglo, bagi main game playstation, belikan baju & jeans2 branded. jam tangan dan bagi duit belanja.

Dah berapa ramai pulak kawan aku yang aku tengok kena bela tanpa diorang perasan. selalunya lelaki2 anak ikan ni rasa diorang cerdik, konon-konon diorang mcm nak amik kesempatan la kat gayboy tanpa diorang ternoda maruah. tapi sebaliknya bila diorang merelakan diri diorang dibela membuatkan orang2 sekeliling mengecop diorang anak ikan rasmi.

“Weh, aku nak cakap sikit kau ni la, aku tengok kau dah start tdo kat rumah Dr X, makan tdo kat sana tiap-tiap weekend. dah mcam anak ikan dia pulak. kau ni tah-tah dah kena romen ngan dia kot!”

“Please.. tolong sikit ye, kau ingat senang-senang ke aku nak bagi dia tikam aku, aku ni straight la, aku saje je nak pow dia. dah dia rela nak support aku, biarlah, aku belasah je la. best woo duk rumah dia, hari-hari boleh makan drumet goreng, main PS2, bawak wira dia jalan2.. best gila!!!”

“Dah tu, kalau dah mcm tu, apa bezanya kau dengan anak ikan gayboy lain?”

“errrkkkk…. gulppp” (kan dah terkantoi)

Dan pabila tibanya waktu yang terdesak macam keadaan nak pinjam duit, masa itulah Gayboy akan mula tarik tali jorannya.. prrraaappppp pancing mengena!!!!

  1. Godaan ketiga : Raba dalam Samar (Jangan tiru aksi ini)

Bagi memecahkan tembok kejantanan dan kelurusan, Gayboy akan berusaha untuk meraba-raba dulu. Jika mereka meraba secara obvious dah tentulah akan diberikan sepakan padu maut di pinggang sebelah kiri. Jadi bagi mengelakkan mereka di reject secara kasar, sesi meraba sambil bergurau akan dilaksanakan secara halus.

Sesi Meraba ni, ada beberapa seni yang sangat delicate. salah satunya, adalah meraba sewaktu mangsa sedang tidur nyenyak tapi dekat-dekat nak bangun. Maknanya Gayboy akan meraba masa lelaki tu dalam mamai-mamai nak bangun tdo.

Diorang akan raba-raba, gosok-gosok dada, kemudian perut dan bila dia tengok mangsa tak sedar diri, layan ngantuk dan sedap, diorang akan maju lagi selangkah kehadapan dengan cuba memasukkan tangan ke dalam sepender.. dan jika nasib diorang baik, mangsa akan merasa sedap dan terus membiarkan sesi meraba itu berlanjutan walaupaun hakikatnya diorang telah terlanjur.

konon-konon nasik dan menjadi bubur, buat apa nak elak-elak, layan je lah. Ha..situasi mcm ni lah yang banyak memerangkap golongan lelaki straight terjebak dengan kancah homoseksual.

Tetapi jika lelaki itu mempunyai iman yang utuh dan masih mempunyai akal yang waras untuk mengelak dari terus diraba dan dinoda… mungkin Gayboy itu akan bersarapan sepakan kaki kanan tak berbelah bagi.

*************************************************************

Itulah serba sedikit info bagaimanakah caranya Gay menggoda lelaki yang lurus. adapun kisah ini digarap bukan bermaksud mahu melucah, tapi mahu berkongsi maklumat supaya sama-sama dapat belajar mengelak dari terjebak.

Kepada wanita-wanita diluar sana, sila amik berat akan apa-apa perubahan yang ketara pada bf anda. kalau dia start pakai baju kemeja fit-fit, kasut nak jongkit2, minyak rambut, lip ice nak bawak dalam beg bila gi dating.. nampak lelaki hensem mula jeling2…suka sangat puji calvin harris cute, paul walker badan tough…ha.. tu signal2 la tu..

p/s : Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri……. bersyukurlah anda jika pakwe anda selalu puji lisa surihani.. hahahahahahhaa….

10626296_1555460328024588_6585226466872092889_o

26122014@1140..

FSinchlair

Cerita Kembali..

Assalamualaikum w.b.t.

Bench-on-Winter-Beach-sepia

Saya kembali.. rasa rindu untuk kembali menulis, rasa rindu untuk kembali merapu meraban.. Alhamdulillah sejak kebelakangan ini banyak kisah – kisah menarik yang terjadi.. ada manis, ada pahit, ada kelat, ada suka dan ada duka.. tapi semua itu aku telan sahaja ibarat menelan segala jenis supplement yang berbagai jenis dan warna.. rezeki Alhamdulillah.. kesihatan semakin baik.. Inshaallah dengan harapan tiada apa akan berlaku lagi selepas kes ‘itu’.. kerja semakin bertambah manakala cuti semakin berkurang.. aku seperti biasa masih lagi bersendirian tetapi tidak berduka lagi.. cukuplah saat itu.. tak mampu untuk diingatkan lagi.. kisah silam, pengalaman banyak mematangkan aku untuk mengharungi onak duri, liku – liku kehidupan.. aku juga menjadi semakin dewasa dalam berfikir walaupun perangai masih seperti anak – anak.. aku masih lagi dikelilingi insan yang sangan menyayangi diri ini.. walaupun ada yang masih mengata itu ini tapi, biarlah mereka.. banyak lagi perkara yang aku perlu fikirkan.. biarkan lah.. rasanya sampai sini dahulu coretan pembuka bicara setelah lama menyepi..

selamat malam kalian..

01102014@2340..

FSinchlair

Happy New Year 2013..

ImageBissmillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

lama menyepi bukan beerti melupakan.. tetapi hanya masa tidak mengizinkan.. keadaan juga seakan menyekat aku dari menulis.. sebetulnya aku rindu untuk menulis semula.. berkongsi segala benda disini.. bermacam2 rintangan aku terpaksa tempuhi membuatkan aku malas untuk meluangkan masa disini.. aku tahu kalian faham bukan? terasa ingin sahaja aku ketawa dikala ini mengenangkan kenangan lalu.. ingin sahaja aku menangis dikala ini bila mengenangkan peristiwa lampau.. tapi aku perlu kuat untuk mengharungi hari2 mendatang.. aku terima itu semua sebagai ujian untuk seorang khalifah di muka bumi.. cuma sedikit sahaja ujian yang di beri olehNya.. aku terima.. aku perlu kuat kerana jika aku lemah aku tidak akan menjadi aku seperti sekarang ini.. ia amat mendewasakan diriku.. Alhamdulillah, di kala ini apa yang boleh aku katakan aku telah dibebaskan sedikit dari ujian yang berat itu.. aku telah diringankan sedikit ujian dan aku berasa agak tenang sekarang.. dan ini membuatkan aku ingin kembali menulis seperti dahulu.. mengupdate blog ini setiap hari jika diizinkan… nantikan ya..

thanks everythings,

from-the-dark-side@FIFY_muszsyuk..

Its Blogging Time!!

salam n greetings to all..

hi there.. how’s u guys doing?? hahahaha.. xpyh nk speaking2 sgt la kn.. hmmm.. its blogging time.. boss sume dh balik so apa lagi.. partaaayyyyyy!! huhu~ mcm bnyk bnde je nk cite kt cni.. pasal last weekend pnye aktiviti.. bole x?? im going to jb time new year haritu.. n the story was sooooo awsome!! tahap nk nangis melalak2.. haha.. ok crita bermula disini..

khamis, 29 Disember 2011..

puni lepas aku balik awal sbb tiket BAS aku ke jb pkul 4 petang.. dy hantar aku smpi jalan duta.. konon nk check in awal to jln jem n ada bnyk gile gangguan kt office so aku smpi jln duta tu tepat2 pkul 4 ptg.. n the story begin.. aku pg dkt kaunter transnational tu tnye wether bas aku dh smpi ke blm.. ttbe pakcik kt kaunter tu buat muka pelik.. tnya aku sure ke nk pegi jb.. aku ckp ye la smbil tunjuk tiket aku.. dy dgn muka kesian ckp yg bas nk ke selatan sume naik kt terminal bersepadu selatan dan itu adalah jauh dr jln duta ye.. aku pn mmg ala2 nk mengamuk kt terminal tu.. how come org jaga tiket tu x bgtau yg mmg xde bas nk ke selatan kt jln duta.. aku geram n thank God puni belum balik lg sbb aku ckp jgn balik dulu.. aku bgtau puni yg xde bas pg pegi selatan kt ctu.. dy ajak aku pergi kaunter tiket blk konon nk complain la.. smpi je kt kaunter tu bole plak org jaga kaunter tu dgn x de mannersnya ckp “u x baca tiket ke yg bas dr tbs??” aku sgt geram.. padan la ko jd penjaga kaunter sbb ko mmg x berpengatahuan n bodoh!! sbb ckp kt aku mcm tu.. aku buat muka.. puni buat muka.. aku tnya mcmna skang.. by hook or by crook aku nk pg jb jgak mlm tu.. last2 dy tnye aku “klu pkul 6 kt tbs bole x??” aku pndg puni n puni kata ok.. then dy bg replacement tiket.. nsb bek free.. lpastu dilema lg sbb xde duit nk naik cab pg sana.. tnya pakcik cab bapa ringgit klu nk pg tbs dr jln duta dy kata “jln jem ni dik.. mcm tu sy ambik 40 ringgit la” aku pndang puni lg sekali puni kata ok.. then puni bg duit 50 ringgit.. yeayyy!! syg puni.. nnti i baya balik ye.. 🙂 memandangkan jln x jem pakcik tu cuma charge aku 35 ringgit je.. ok la tu n aku selamat smpi jb pkul 10 mlm.. kak noor amik aku dgn aiman n abg zul..

jumaat, 30 disember 2011..

org depan buat kenduri so mmg x pg mana2 la sbb dorg masak kt umah kak noor.. makan mcm org gila x sedar diri.. haha..

sabtu, 31 disember 2011..

pg JPO.. nasib baik dh gaji.. umat manusia mashaallah.. punya la ramai.. n shopping pn best kt sana.. tp sebelum pg jpo tu ktorg lunch sama2 1 family dgn cikAra sekali.. mkn kt restoran 8kati.. makanan best.. cepat dan lazat.. org pn x ramai.. so bole mkn dgn aman.. huhu.. kt jpo pg shopping.. aku beli perfum (walaupn dlm hati nk beli perfum murah je kt jusco tp dh smpi sana tgk lagi murah aku apa lagi..) pastu shopping baju ngn coklat.. ingat nk beli kasut skali tp budgetttt.. huhu.. aku agak tekanan gak la sbb tgk g2000 cuma 60 ringgit je.. tp xpe la.. next time aku pg nk beli 2 baju plak.. 🙂 mlm dpt tau along msk ward sbb denggi.. nasib abik aku x beli tiket bas lg sbb dorg nk g tgk along kt seremban.. *pagi tu ktorg sggh pg kubut arwah Akil.. sebak pn ada bile terkenang arwah..*

ahad, 1 januari 2012..

its a new yearrrrr!!!!!!! pg tgk along kt columbia asia seremban lpas tu naik komuter blk kl..

sekian terima kasih ye.. 🙂

thanks all..

thanks jpo..

thanks for everythings..

touch-down@FIFY_muszsyuk..

Setelah Sekian Lama..

salam n greetings to all..

selamat bertemu lagi rakan2.. moga kalian tidak melupakan blog yg agak bosan ni.. 🙂 lama sangat dh x update blog ni.. bukan bersawang lagi dh ni.. dh naik lumut dh kot.. haha.. just nk update sikit apa yg terjadi sepanjang ketidakkan aku mengupdate blog ni.. actually.. oppss.. sebenarnya xda la bnyk sangat bnda yg berlaku.. cuma ada la beberapa kisah yg membuatkan hidup aku kelam kabut, gembira, tersentap dan mcm2 perasaan lagi la.. so enjoy reading guys.. 🙂

  • skarang ni aku dh tukar dh panggilan jejaka ford kepada FAB.. sbb apa?? hahahaha.. sng sikit kot ringkas dan padat.. boleh x mcm tu?? 🙂
  • update pasal FAB ni mmg buat aku pening kpala.. ssh sgt nk tafsir apa yg berlaku dan apa yg akan berlaku.. so skarang ni aku hanya berserah.. perlukah aku berserah?? x tau la..
  • tp setelah sekian lama berserah membuatkan aku bosan yg teramat sgt.. sgt2 bosan menanti.. so dengan ini aku memaklumkan bahawa aku dh xnk berharap apa2 dh.. cukuplah sampai disini.. full stop!! hahahaha..
  • dalam posting sebelum ni aku ada post entry – sila klik link https://fifyazman.wordpress.com/2011/07/31/selamat-menyambut-ramadhan/ entry yg last sekali ahli baru dlm keluarga sepupu aku.. Allah dh jemput dy balik 2 mggu lepas.. aku agak emosi sikit klu nk cerita.. sbb dy mmg suffer.. 3 kali operation at the same place iaitu kepala.. ada darah beku doktor kata.. tp x pe la dh Allah sygkan dy lebih.. nnti Akil tggu ibu n ayah kt Syurga ya..
  • since November aritu mmg tiap2 minggu aku ada jemputan kenduri kawen.. mmg ngeri.. sebelum aku bg list aku nk mintak maaf sgt2 la kalau ada mana2 majlis yg aku x dpt dtg.. mungkin time tu aku xde kt sini ataupn majlis bertindan.. org kt kg pn dh ada yg bertanya.. so aku jwb apa nnti la dulu biar kaya dulu.. nnti dh kaya baru confident nk meminang anak org.. bole?? tp skang ni aku dh belajar dr sorg kawan ni mcmna nk jawab soklan tu.. jeng.. jeng.. jeng.. biar nnti aku try dulu baru aku bgtau success ke x.. 🙂
  • last month aku dgn geng fitness first kesayangan pergi bercuti kt Cameron.. ktorg pergi ber7.. sewa 1 bilik sahaja ok.. diulangi satu bilik sahaja.. bayangkan la mcmana tu.. tp apa yg penting aku bole tidur dgn aman bebas dari sebarang gangguan.. hahahaha.. sgt x aci bagi mereka2 yg berkongsi tpt tidur..
  • last week sekali lagi aku bercuti di perak bersama geng fitness first kali ni upgrade tercinta plak.. cuti2 asma kawen namanya.. kalu ni selesa cket penginapannya sbb ktorg sewa 1 rumah.. diulangi 1 rumah ye dan sekali lagi aku la insan yg sangan selesa sgg bilik tu aku sorg yg punya.. sbbnya aku sorg yg x bwk partner.. kira berunting gak la single mcm ni.. xpyh nk pening kpala share bilik.. hahahahaha.. tp dalam hati tuhan je tau.. 🙂 sabar je la fifi ooii..
  • last but not least, esok aku dpt green light half day n ptg esok aku nk g jb.. so, aku bertahun baru di jb la ye..

waaahhhh, sekali azlin dok tegur “rajin firdaus menaip..” hahahaha.. terus ala2 terbantut pergerakan.. tp mmg dh nk abis pn proses menaip nya.. skang ni agak menyeronokkan la kt opis sbb all bosses pg cuti.. so x da sapa nk kacau.. sgt heaven ye rakan2.. hmmmmm.. mmg la ada mood nk update cerita merapu merepek ni kan.. 🙂

sorry, no pic at this post..

@adios@

thanks all,

touch-down@FIFY_muszsyuk..